14 Oktober 2009

CIRI-CIRI SUAMI YANG SHOLEH DAN MENJADI TELADAN

Ciri-ciri Suami Teladan

- suami yang sholeh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintahAllah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan

CIRI-CIRI SUAMI YANG SHOLEH :

a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

d. Menjaga hati dan perasaan isteri

e. Sentiasa tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri

f. Bersabar dan menghindari memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

g. Jangan mengejek isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka

i. Tidak terlalu mengikuti kemauan isteri kerana ia akan menurunkan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin

j. Memberi nafkah kepada keluarga menurut kemampuan

k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang layak

l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya

m. Senantiasa bertanggung jawab tentang keselamatan mereka

n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keridhoan Allah SWT iaitu:

a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

c. Rumahtangga sentiasa bersih dan nyaman

d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat

e. Ahli-ahlinya sholat berjamaah

f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek

g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim

h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga

i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam

j. Rumahtangga hendaklah sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kebajikan

k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

Tidak ada komentar: